Karl Zameer Adzim

6 Disember lepas ketika berceramah di Felda Pasir Raja, telefon bergetar banyak kali...lepas ceramah terus tengok ada 5 'miss called' dari Era Hanim, isteri di rumah. Sebaik sahaja selesai ceramah, orang ramai datang berkerumun bersalam... sementara Sani dan Yasir yang memang sudah kepenatan kerana jadual yang bersambung -sambung untuk perjalanan jauh sibuk menjual VCD untuk tampung perbelanjaan minyak, tol dan makan minum.

Cari ruang terpencil sikit telefon Era. Dia kata ok lagi tapi lambat lagi ke balik.... Hati mula risau kerana Era menunggu hari. Cuma risau kurang sikit kerana Era di rumah, papa dan mama di Seremban, jika 'urgent' sangat papa mungkin boleh hantar ke hospital.

Ramai geng anak muda yang hadir malam itu. Kesempatan tidak harus dilepaskan, walaupun dalam mula hati risau namun Zabidie, Lan, Aidil, 'pentol' dan 'geng nakal' lain perlu diajak bersembang untuk sama saling memberi semangat dan idea dalam gerakan. Anak muda ini tidak pernah mimpin nak projek besar...mereka tak pernah idam nak jawatan penting tetapi mereka nak berjuang maka zalim rasanya untuk 'kedekut' sedikit masa buat mereka.

Sembang sambil menghirup kopi 'baginda' membawa ke jam hampir 2 pagi. Alhamdunillah syukur dalam keadaan 'kewangan' yang agak parah tiba - tiba ada hamba Allah yang tidak dikenali membayar semua minuman kami.....terima kasih!!!

Perjalanan dimulakan dengan Sani bawa kereta, Yasir duduk di belakang tertidur dengan cd zikir Ust.Akhil Hay yang baru dibelinya tadi. Seperti biasa che'GuBard on netbook untuk menulis sesuatu... tiba - tiba Sani bertanya 'kita kat mana ni...?'

Hahaha.... Sani sesat... terpaksa patah balik ambil dekat 20 minit... Sani yang memang keletihan dan nanti 9pagi pula dia kena pergi kerja pagi hanya mampu bertahan sehingga R & R Pagoh. Yasir terlalu lena di belakang. cheGuBard ambil alih pemanduan kerana tak nak buang masa.... dua teman tidak tahu yang cheGuBard tengah risau.... tak apa lah biar mereka tidur dah terlalu letih...

Teman - teman yang ikut bantu bawa kereta tak pernah cheGuBard bayar...tetapi mereka hadir membantu secara suka rela... wang jualan seperti cd sedikit untuk menampung tol, minyak dan makan minum... kadang - kadang ada penganjur yang sedikit mampu ada menghulur sedikit wang minyak...itupun 'kadang - kadang'.... tapi sebagai tanggungjawab diangkat sebagai pemimpin maka tiada alasan untuk berkata tidak apabila diminta turun...

cheGuBard memandu dalam kepala yang penuh berfikir.... risau... bukan takat risaukan yang Era nak bersalin kena cepat sampai tetapi fikirkan banyak benda... wang yang sepatutnya untuk Era bersalin telah digunakan untuk bilik gerakan anak muda di Bagan Pinang. Mujur Anuar Md Nor teman lama meminjamkan sedikit wang untuk wang hospital... tetapi barang bayi semua belum beli....

Kad kridit pula dah limit dan hutang makin meningkat faedahnya... Kad Kridit che'GuBard guna semata - mata untuk minyak... patutnya masa 8 bulan pakai kad kridit tempoh hari terasa sedikit mewah hahahahaaa.. .. pergi ceramah lepas jualan cd tolak duit belanja makan dan tol masih ada baki terlepas pandang minyak dibayar guna kad kridit... perjalanan cheGuBard sebulan wang minyaknya hampir seribu... kerana hampir tiap hari 'travel' keluar...

Haha..Umno kata pemimpin Pakatan Rakyat suka pilihanraya kecil.... mereka tak tahu hakikatnya semua pilihanraya kecil telah mensifarkan akaun bank che'GuBard.

Kereta pula dah 3 bulan lebih tak bayar...cuma Alhamdunillah pegawai Bank tempat pinjaman dibuat agak prihatin bantu lewatkan keluar surat tarik... namun Jumaat lepas dah terima panggilan dari bank memberi tahu kalau tak bayar Isnin nanti surat terpaksa keluar...

Argh....!! berat kepala... tiba - tiba sebaik sahaja melepasi tol Ayer Keroh telefon bergetar lagi... Era telefon !! katanya sakit sangat mungkin dah tiba masa... Ya Allah... kelajuan ditambah hampir ke tahap maksimum yang menyebabkan Yasir dan Sani terjaga...

Sani sendiri beritahu tak payah hantar ke rumahnya di Senawang cukup terus turun di tol Rasah dekat dengan Bukit Chedang dia akan usaha dengan Yasir untuk balik.... che'GuBard cukup tersentuh sahabat amat memahami....

Tiba di rumah mama papa di Bukit Chedang, terus angkat che'Nur tidurkan ke dalam kereta, bawa Era terus menuju ke Hospital Pakar AnNur, Bandar Baru Bangi... dalam perjalanan kepala makin berat berfikir, panik sedikit kerana mengikut jangkaan lagi dua minggu baru bersalin maka sempat dicarikan kewangan untuk beli barangan bayi dan lain - lain...namun nampaknya Karl mahu cepat!..

Entah panik sangat .... sehingga sms melalut dihantar pada Azizi...ternyata dia juga tidak tidur...

Sampai di Hospital doktor kata perlu tunggu untuk sakit bersalin datang lebih kerap... Era kata takpalah kita balik dulu kerana kalau masuk Hospital sekarang caj wad akan dikenakan lebih sehari...tunggu hingga lepas 9 pagi baru ke hospital... Era amat memahami kedudukan..

Balik solat subuh, urus cheNur yang baru terjaga... jam 9pagi tepat Era bagi tahu dah tak tahan sangat... che'GuBard terus bawa Era... sampai Hospital terus masuk dewan bersalin.... mujur tingkap dewan bersalin betul mengadap depan tempat letak kereta.. dalam keadaan melayan Era sakit bersalin dan terpaksa asyik mengintai kereta yang risau kalau - kalau ditarik... Era tak tahan sakit... Doktor datang tanya kena pakai 'epidural' sejenis bius untuk bersalin ... Era tak nak bisiknya harga bius itu mahal... namun che'GuBard kata dengan doktor itu ' ok epidural..'

Alhamdunillah. .. jam 10.14 pagi, Karl Zameer Adzim lahir..... cheGuBard azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri tanpa sedar air mata cheGuBard juga mengalir...

cheGuBard hantar sms maklumkan kelahiran Karl kepada beberapa orang, Azizi maklumkan juga pada yang lain... ada beberapa sms 'tahniah' masuk cuma Dato Husam Musa yang menelefon mengucapkan tahniah dan tanya khabar...

Petang itu Doktor maklumkan Karl ada alahan terpaksa ditahan 24 jam untuk pemerhatian, Era Alhamdunillah sihat namun kena juga 'berkubu' di wad bersama Karl.

Sebaik sahaja semuanya selamat che'GuBard terus pulang dan 'adjust' semua benda untuk membolehkan keluar membeli sedikit barang keperluan bayi.

Selepas hari kedua doktor maklumkan Karl kena demam kuning teruk mungkin kena tahan dalam seminggu dua.... cheGuBard dah tersandar rasanya ...Ya Allah mana nak cari duit.... ?

Namun hari ketiga Era buat keputusan tak apalah kita jaga Karl dirumah sahaja kerana tak akan termampu membayar kesemua kos jika terus di hospital... di saat itulah rasanya air mata menitis.... Kali pertama che'GuBard rasa diri ini tak segagah cheGuevara.. ..

Memang pernah Era cadang untuk bersalin di Hospital biasa namun che'GuBard berkeras untuk dia bersalin di An Nur selain dari lebih berkualiti ...apa salahnya Era yang telah banyak susah diberi layanan 'sedikit' sempurna ketika melahirkan zuriat....

namun...

Selama ini cheGuBard korbankan semua yang ada pada diri ini untuk 'rakyat' ....che'GuBard tak pernah rasa pentingkan diri... tapi kali ini che'GuBard terperangkap dalam rasa ego pentingkan 'rakyat' sehingga korbankan insan-insan yang paling dekat...

Ego terus dihimpit lagi apabila Sani, Azizi dan Yasir pula hadir menghulurkan bantuan tunai yang che'GuBard pun tak tahu mereka pinjam mana kerana yakin mereka juga dalam keadaan yang amat tidak mampu.... namun itulah komrad perjuangan.. ..

Namun melihat Era terus bersemangat Bard menjadi kuat... Karl boleh pulang walaupun doktor kata tidak boleh... doktor mungkin tidak tahu Karl juga 'pejuang'!!! !

Alhamdunillah hari ini Karl sudah dua minggu.... dia makin sihat...

Dia perlu faham perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata... dia dilahirkan sebagai pejuang... cheGuBard akan besarkan dia InsyaAllah sebaik mungkin sebelum pulangkan semula ke tengah 'rakyat' untuk dia sama melawan penindasan.. ...

Lahirlah Karl dengan semangat marhaenis bangkit melawan atas nama kelas rakyat !!! Dia dilahirkan dalam kepayahan tersendiri.. .. dia anak rakyat...

Dalam mengharung getir perjuangan ini dengan menyeret keluarga tiba - tiba terbaca satu artikel fitnah dari seorang penulis upahan Umno yang gunakan nama 'Ruang Bicara Faisal' yang menulis kononya che'GuBard dapat gaji RM13,000 sebulan dan menggunakan kereta mercerdis.

Tahniah pada penulis yang berselindung di balik internet tanpa berani menyiarkan identiti dan menyerang dengan fitnah.....teruskan lah...

Memang ketika ini ada yang sedang 'menangguk hasil' .... memang pada masa ini ada yang tak pernah kenal lokap dan rotan polis sedang sibuk mencatur... memang pada ketika ini ada yang satu ketika dahulu lari dari perjuangan datang kembali mengutip 'hasil'.... namun bagi cheGuBard kalau nak merajuk memang boleh.... tetapi itu semua bukan matlamat... che'GuBard citakan revolusi... ia satu jalan panjang dan berduri...

che'Nur Zaima Jahida dan Karl Zameer Adzim membesarlah kamu agar satu hari nanti dapat berdiri di tengah massa sambung apa yang papa mungkin tak sempat lihat !!!! Buat masa sekarang biarlah kita susah asal jangan jadi hamba pemikiran kapitalis penjajah rakyat...

Anak pertama (perempuan) diberi nama che'Nur Zaima Jahida dgn semangt cahaya che'Guevara (che'Nur) & Ket. Pejuang Jihad Wanita (Zaima Jahida) dan kali ni anak ke dua (lelaki) dgn nama Karl Zameer Adzim sempena nama pemikir pmbela 'ekonomi' rakyat Karl Max & Zameer Adzim maksud pmimpin Agong...... bau revolusi rakyat makin kuat mengharum!!!

Comments

Popular posts from this blog

Wasiat Imam Syafie

Ilmu Menjadikan Kita Takut Kepada Allah.

Relevansi Ilmu Kejiwaan Kuno